Setiap permulaan tawaf mengelilingi Ka'bah mestilah bermula dari garisan yang selari dengan Hajar Al-Aswad dan umat Islam yang berkunjung ke Baitullah pasti akan mencari peluang untuk mengucup Hajar Al-Aswad atau Batu Hitam ini.
Asal - Usul Hajar Al-Aswad.
Hajar Al-Aswad ialah batu dari Syurga, berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W :
إن الركن والمقام ياقوتتان من ياقوت الجنه طمس الله تعالى نورهما ولو لم يطمس نورهما لأضاءتا ما بين المشرق والمغرب
bermaksud :
Sesungguhnya penjuru (hajar Al-Aswad) dan Maqam (Ibrahim) adalah dua butir permata dari Syurga yang Allah kaburkan cahayanya. Jikalau Allah tidak kaburkan nescaya cahaya ia berdua pasti menerangi di antara Timur dan Barat.
Dan berdasarkan hadis-hadis yang lain, dinyatakan juga bahawa Hajar Al-Aswad asalnya sangat putih, malahan lebih putih dari salji. Akan tetapi perjalanan masa Baitullah menyaksikan bukan Islam (Musyrikin) telah banyak meyentuh Ka'bah dan Hajar Al-Aswad maka ia menjadi hitam kerana sentuhan mereka.
Ketika Nabi Ibrahim A.S dan anak baginda Ismail A.S sedang membina Ka'bah, apabila sampai ke bahagian penjuru Hajar Al-Aswad Ibrahim berkata kepada Ismail, "Dapatkan aku satu ketul batu untuk diletakkan di sini, supaya manusia mengetahui ini ialah permulaan tawaf". Maka Ismail pun pergi la mencari batu yang sesuai dan ketika itu datang lah malaikat Jibrail membawakan seketul batu dari Syurga kepada Ibrahim. Sekembalinya Ismail hairan mana ayahnya dapat batu dan bertanya, jawab Ibrahim "Aku tak dapat menerima batu yang engkau cari kerana Jibrail sendiri menyampaikan batu ini dan ianya berkilauan menyinari pelusuk Timur dan Barat".
Kisah Kecurian Hajar Al-Aswad.
Hajar Al-Aswad pernah ditimpa banjir besar. Kisah ini rasanya ramai yang tahu di mana kisah ini berhubung rapat dengan kepercayaan Kafir Quraisy kepada Muhammad bin Abdullah sebelum diutuskan sebagai Rasulullah SAW.
Walaubagaimanapun, kisah kecurian Hajar Al-Aswad ni jarang kita dengar. Ya benar, Hajar Al-Aswad pernah dicuri dan dibawa lari dari Ka'bah selama 22 tahun. Jom nak cerita.
Ketika pemerintahan Khalifah Abbasiyyah Abu Abbas Ahmad Al-Mu'tadhid Billah (mula memerintah tahun 256H/870M), Puak Syiah Ismailiyyah adalah salah satu puak yang terbesar. Kemudian muncullah seorang yang bernama Abu Said Al-Hasan bin Bahran Al-Janabi yang mengetuai satu revolusi mengajak orang ramai di Bahrain dan Al-Hasa untuk menentang pemerintahan.
Abu Said berjaya mempengaruhi ramai dari kalangan masyarakat dan dia berjaya menawan ibu negeri Bahrain ketika tu iaitu Hajar dan juga Al-Hasa. Mereka menggunakan nama QARAMITAH (Qarmatians/
Setelah Abu Said mati, anak dia yang digelar Abu Tahir menggantikan dia.Mengetuai puak Qaramitah yang dah sememangnya ganas, Abu Tahir ni lagi ganas dari bapak dia. Pada dia mengerjakan Haji di Baitullah itu ialah satu kerja bodoh dan dalam tahun 906M, dia bawak tentera dan sekat perjalanan pulang jemaah Haji, membunuh seramai 20,000 jemaah yang baru pulang dari mengerjakan Haji.
Dalam tahun 929M, Abu Tahir menghimpunkan sejumlah besar tentera, lelaki biasa, remaja dan siapa jugak la yang gemar bermain senjata dan ajak mereka menyerang Mekah. Mereka sampai ke Mekah ketika dah nak hampir bermula ibadat Haji. Jumlah mereka ni mengikut sejarah ialah tidak terbilang ramainya. Bila sampai di Mekah, Abu Tahir arahkan mereka membunuh siapa jugak yang mereka jumpa samada penduduk Mekah ataupun jemaah yang datang mengerjakan Haji dalam keadaan berihram.
Ketika kelam kabut tu, penduduk Mekah berlari ke rumah diorang dan ambil senjata mereka. Ramai jugak la penduduk Mekah pun. Masa tu Abu Tahir jadi risau dan dia utuskan seorang pemuda ke tengah kawasan berdepan Ka'bah dan bagitau bahawa tujuan mereka ialah nak datang buat Haji. Mereka kaum yang ganas jadi agak kasar dan mereka meminta maaf. Mereka akan berihram jadi sebarang pertumpahan darah akan menyebabkan Ihram mereka terbatal dan mereka tak mahu merosakkan ibadat Haji mereka. Seandainya penduduk Mekah sanggup merosakkan ibadat Haji mereka maka sila lah menghunus pedang kepada mereka.
Mendengar ayat tu, penduduk Mekah pun jadi lembut hati dan simpan senjata diorang. Masa ni la Abu Tahir tu arahkan semua orang dia bunuh kesemua yang ada. Jumlah yang kena bunuh memang tak terkira ramai dia. Di depan Ka'bah, dalam Masjidil Haram, atas bukit Mekah, kat jalan raya, semua tempat bergelimpangan mayat.
Betapa jahatnya Abu Tahir, dia arahkan telaga Zam-Zam di penuhkan dengan mayat jemaah Haji yang dibunuh, kemudian batu yang sebelah atas telaga Zam-zam dipecahkan. Di mana juga mayat bergelimpangan, di situ la mereka ditanam hatta dalam Masjidil Haram. Tanpa dimandikan, dikafankan dan disolatkan, ianya bukti jelas bahawa Allah mengiktiraf semua mereka sebagai syahid, malahan syahid ketika di dalam Ihram.
Antara yang terbunuh ialah seorang Tabi'en, Abdul Rahman bin Abdullah bin Az-Zubair...
Ada yang dibunuh ketika tawaf, ada yang dibunuh ketika cuba berpaut pada Kelambu Ka'bah dan semua nya dibunuh la.
Kemudian si Abu Tahir ni mengarahkan orang dia menanggalkan Kelambu Ka'bah dan dikoyak-koyak sesama diorang. Pintu Ka'bah dia arahkan supaya ditanggalkan. Pancuran Emas jugak dia arahkan dibuka, dan seorang tentera dia panjat nak buka tetapi Allah taqdirkan terjatuh dan pecah kepalanya lalu mati. Maka dengan berang Abu Tahir mengarahkan supaya Hajar Al-Aswad ditanggalkan. Seorang tentera dia yang memegang tukul besi besar datang dan hentak penjuru Ka'bah tu dan tertanggal lah Hajar Al-Aswad. Ketika ni dengan megah dan bongkak si Abu Tahir berkata "Mana Burung Ababil???Mana Batu dari Neraka Sijjil??" sambil ketawa mengejek peristiwa Abrahah yang dihancurkan oleh tentera Burung Ababil dengan bersenjatakan Batu dari Neraka Sijjil.
Tawanan hasil peristiwa ini yang terdiri dari kaum wanita dan kanak-kanak mencecah 30 ribu orang.
Abu Tahir kemudiannya memecahkan Hajar Al-Aswad dengan besi selepas waktu Asar hari Isnin, 14 Dzul Hijjah 317H (930M) dan mereka berada di Mekah selama 11 hari sebelum pulang ke Hajar, ibu negeri mereka di Bahrain.
Ketika mereka pulang membawa semua yang dirampas termasuklah Hajar Al-Aswad, pemerintah kota Mekah ketika itu bersama ahli keluarga dan pengikut nya mengekori mereka dan meminta belas ihsan mereka untuk mengembalikan Hajar Al-Aswad dan sebagai ganti dia akan menyerahkan segala harta yang dia ada. Tetapi Abu Tahir La'natullah tak hiraukan dan membunuh kesemua mereka.
Abu Tahir kemudian mendirikan sebuah Ka'bah di tempatnya dan selama 22 tahun Hajar Aswad mereka simpan. Selama itu lah umat Islam mengerjakan Umrah dan Haji mengelilingi Ka'bah tanpa Hajar Al-Aswad. Setiap mereka pasti memegang kawasan penjuru tersebut sambil berdoa supaya Allah mengembalikan batu tersebut ke Ka'bah.
Pada tahun 332H Abu Tahir Al-Qurmuthi mati. Sejak kematian dia, puak Qaramitah berpecah dans ering berlaku perang saudara mengakibatkan kemiskinan dan kedhaifan mereka semua, Ini ialah balasan Allah terhadap kekejaman dan kejahatan mereka. Sehinggalah pada tahun 339H, mereka terpaksa menawarkan 50 ribu Dinar sebagai ganti kepada Hajar Al-Aswad, dan Khalifah Abbasiyyah ketika itu, Al-Muthi' Lil-Lah membayar jumlah tersebut.
Pada hari Aidil Adha tahun 339H (hari Selasa), umat Islam yang sedang berada di Kota Mekah terkejut dengan kepulangan Hajar Al-Aswad. Ketua Qaramitah ketika itu, Sanbur bin Hasan Al-Qurmuthi sendiri membawa Hajar Al-Aswad ke Mekah. Dikhabarkan bahawa mereka mulanya ingin menipu dengan membawa batu yang seakan Hajar Al-Aswad, tetapi pemerintah Mekah ketika itu meminta dilakukan ujian dengan meletakkan batu itu ke dalam air. Hajar Al-Aswad sangat istimewa, ia akan timbul di dalam air, bukan tenggelam seperti batu biasa. Maka ketika itu ketua Qaramitah tadi berkata berulang kali "Sesungguhnya Agama Islam ini amat benar".
Kemudian dia sendiri membawa Hajar Al-Aswad yang telah diletakkan dengan bingkai Perak dan di letakkan bersama campuran lilin dan kasturi (disebabkan keadaan batu yang sudah pecah menjadi lapan kerikil kecik) dan meletakkan di penjuru Ka'bah sambil berkata "Kami ambil dia dengan kuasa Allah, kami pulangkan dia dengan kehendak Allah".
Umat Islam yang berada di ketika itu sambil menangis dan mengucup Hajar Al-Aswad sambil mensyukuri nikmat Allah SWT. Maka kekal lah Hajar Al-Aswad dalam keadaan begitu sehingga hari ini.
Ringkasan Sejarah Kecurian Hajar Aswad
Dalam sejarah, puak Qaramitah yang amat terkutuk pernah menyerang Mekah, mencuri Hajarul Aswad, membahagi-bahagikan kelambu Kaabah, dan mencuri pintunya. Mereka membawa Hajarul Aswad ke negara mereka Hijr. Hajarul Aswad berada di sana di antara tahun 319H sehimgga tahun 339H. Akhirnya dikembalikan (lihat: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 11/236, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Misteri Pecahnya Batu Hajar Aswad Di Ka'bah
Misteri Pecahnya Hajar Aswad Di Ka'bah, Hajar Aswad atau batu hitam merupakan satu situs suci bahkan sebelum masuknya Islam. Namun, terdapat satu misteri dibalik kesucian batu hitam yakni pecahnya batu menjadi delapan batu kecil.
Profesor Umm Al-Qura University, Ahmad Moraei mengatakan tidak ada yang tersisa dari batu hitam kecuali fragmen kecil. Batu hitam saat ini bukanlah batu utuh ketika Nabi Ibrahim membangun kabah. "Kejadian alam dan ulah manusia turut andil dalam pecahnya batu hitam," papar dia seperti dikutip alarabiya.net, Kamis (16/8).
Sejarah mencatat Bani Qarmati menyerang dan merampok Kabah. Mereka mencuri batu selama 22 tahun pada tahun 317 Hijiriah. Beberapa fargmen dikembalikan ke tempat asalnya, tapi pecahan lain masih hilang. "Kelompok yang dipimpin Ahmad Al-Qarmati datang ke Masjidil Haram, dan mereka menyerbu Kabah. Mereka bunuh lebih dari 70 ribu orang," ungkap Moraei.
Saat itu, lanjut dia, Al-Qamarati mengatakan Allah yang Maha Kuasa memberi kehidupan kepada setiap orang, Lalu, ia ambil batu hitam guna dibawa ke kota Ahsa selama 12 tahun.
Cerita lainnya, batu hitam itu berasal dari surga yang dibawa oleh malaikat JIbril untuk diberikan kepada Nabi Ibrahim yang kala itu tengah mencari tanda bagi jamaah saat mengelilingi Kabah. Hingga saat ini, batu itu masih berada pada posisi 1.1 meter di atas tanah Masjidil Haram.
"Jamaah yang mengelilingi Kabah berebut kesempatan mencium batu hitam. Namun, dengan jumlah jamaah yang demikian besar kesempatan untuk mencium sangat kecil sehingga mereka yang tidak berhasil cukup melafazkan Allah Maha Besar," ungkap Penasihat Urusan Masjid Nabawi Mohammed Al-Assaf.
Misteri Pecahnya Hajar Aswad Di Ka'bah, Hajar Aswad atau batu hitam merupakan satu situs suci bahkan sebelum masuknya Islam. Namun, terdapat satu misteri dibalik kesucian batu hitam yakni pecahnya batu menjadi delapan batu kecil.
Profesor Umm Al-Qura University, Ahmad Moraei mengatakan tidak ada yang tersisa dari batu hitam kecuali fragmen kecil. Batu hitam saat ini bukanlah batu utuh ketika Nabi Ibrahim membangun kabah. "Kejadian alam dan ulah manusia turut andil dalam pecahnya batu hitam," papar dia seperti dikutip alarabiya.net, Kamis (16/8).
Sejarah mencatat Bani Qarmati menyerang dan merampok Kabah. Mereka mencuri batu selama 22 tahun pada tahun 317 Hijiriah. Beberapa fargmen dikembalikan ke tempat asalnya, tapi pecahan lain masih hilang. "Kelompok yang dipimpin Ahmad Al-Qarmati datang ke Masjidil Haram, dan mereka menyerbu Kabah. Mereka bunuh lebih dari 70 ribu orang," ungkap Moraei.
Saat itu, lanjut dia, Al-Qamarati mengatakan Allah yang Maha Kuasa memberi kehidupan kepada setiap orang, Lalu, ia ambil batu hitam guna dibawa ke kota Ahsa selama 12 tahun.
Cerita lainnya, batu hitam itu berasal dari surga yang dibawa oleh malaikat JIbril untuk diberikan kepada Nabi Ibrahim yang kala itu tengah mencari tanda bagi jamaah saat mengelilingi Kabah. Hingga saat ini, batu itu masih berada pada posisi 1.1 meter di atas tanah Masjidil Haram.
"Jamaah yang mengelilingi Kabah berebut kesempatan mencium batu hitam. Namun, dengan jumlah jamaah yang demikian besar kesempatan untuk mencium sangat kecil sehingga mereka yang tidak berhasil cukup melafazkan Allah Maha Besar," ungkap Penasihat Urusan Masjid Nabawi Mohammed Al-Assaf.
No comments:
Post a Comment