Sunday, 7 October 2012

SEBUTIR KISAH MENGENAI RAJA GRUNGE

Kurt Cobain adalah nama besar dalam arena muzik rock antarabangsa. Perintis kepada genre muzik Grudge ini pernah menjadi fenomena kepada anak-anak muda semasa dekad 90-an. Cobain sempat merakamkan tiga album iaitu Bleach(1989), Nevermind(1991) dan Utero(1993). Lagu-lagu yang didendangkan dalam ketiga-tiga album Cobain kebanyakan cukup memukau. Sebut sahaja lagu Smells Like Teen Spirit, Come As You Are atau Lithium, pasti ramai remaja dekad 90-an pernah mendengarnya, malahan ada yang menghafal setiap patah liriknya. Kurt Cobain yang lahir pada 20 Februari 1967 ini meninggal dunia pada 5 April 1994 di usia yang cukup muda, iaitu 27 tahun.


Kurt Cobain ketika konsert MTV Unplugged.


Sama ada Kurt Cobain membunuh atau dibunuh, ia masih lagi menjadi perdebatan di kalangan peminat setianya. Tahukah pembaca semua bahawa Kurt Cobain sendiri mempunyai sejarah keluarga yang terlibat dalam kes bunuh diri. Dua orang bapa saudara Cobain terlibat dalam kes bunuh diri yang mana masing-masing ditemui mati dengan peluru menembusi kepala mereka. Ketika usia remaja, Cobain turut mempunyai naluri ‘membunuh diri’ yang kuat. Beliau pernah merakam video yang menggambarkan beliau meninggal dunia akibat bunuh diri.



Ramai yang tidak tahu apakah makna sebenar lagu hit ciptaan Kurt Cobain, Smells Like Teen Spirit. Sebenarnya, Cobain mendapat ilham untuk memberi tajuk lagu itu setelah seorang teman wanitanya, Tobi Vail(Bikini Kill) dan rakannya, Kathleen Hanna menulis pada dinding hotel yang disewanya, “Kurt Smells Like Teen Spirit”. Cobain begitu terpesona dengan ayat tersebut. Teen Spirit adalah jenama deodoran yang sering dipakai oleh Cobain.



Kurt Cobain sebenarnya mengidap penyakit perut yang kronik. Selain itu, beliau turut mengalami masalah mental yang agak teruk. Tindakan Cobain mengambil dadah bagi menahan kesakitan yang dialaminya membuatkan penyakitnya bertambah kronik. Melihat kepada penyakitnya, ramai mendakwa jika Cobain tidak membunuh diri sekalipun, beliau sendiri tidak akan hidup lebih lama.

 Kurt Cobain mengalami halusinasi yang agak serius. Beliau mendakwa mempunyai seorang ‘rakan’ yang akan menjelma untuk menyuruhnya melakukan perkara yang tidak elok. Cobain menggelarnya sebagai Boddah.


 Nota bunuh diri Kurt Cobain yang tertera nama 'Boddah'

Kurt Cobain ingin melakukan kejutan pada album keempat dengan menampilkan genre lebih akustik berlawanan dengan genre yang dirintisnya, Grunge. Idea ini tampil setelah kejayaan konsert akustik di MTV Unplugged. Namun sayangnya, ia gagal direalisasikan susulan kematiannya.

 Pada tahun 1980-an, Dr. Nikolas Hartshorne adalah promoter gigs. Beliau bertanggungjawab menawarkan satu konsert gigs kepada band Nirvana di Central Tavern di Seattle. Ia adalah konsert gigs ketiga Nirvana dan Kurt Cobain. Satu dekad kemudian, Dr. Nikolas Hartshorne bagai mengubah 360 darjah profesionnya apabila menjadi salah seorang doktor yang melakukan siasatan perubatan ke atas mayat Kurt Cobain.



Mungkin ramai yang ingin kenapa Kurt Cobain mampu memukau dengan lagu-lagunya miskipun lirik yang diciptanya kadang-kala cukup ringkas. Ia adalah kerana setiap lagu yang dicipta oleh Cobain mempunyai sejarah yang tersendiri. Misalnya, lagu Polly, Cobain mendapat ilham setelah membaca surat khabar yang menyatakan seorang gadis diculik kemudian dirogol selepas menghadiri konsert rock. Cobain yang terkejut dengan berita itu terus mencari kertas dan meluahkan rasa tidak puas hatinya. Lagu Rape Me pula metafora Cobain terhadap media arus perdana yang melayan artis sepertinya bagaikan pelacur dan sampah.

p/s: memang tak dinafikan lagu Mat Kobin ni semua nya berhantu~

sumber

No comments: