VOLKSWAGEN BEETLE GENERASI BARU 2012 DI MALAYSIA
Assalamualaikum & salam 1 Malaysia~
Dalam kepesatan pembangunan negara yang penuh cabaran..volkswagen
telah melancarkan satu model terbaru mereka iaitu volkswagen beetle yang penuh
dengan citarasa pengguna pada hari ini. Baru-baru ini ia dilancarkan sewaktu
pembukaan acara Das Auto Show 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention
Centre (KLCC) pada 8 – 9 September 2012.
Untuk pasaran Malaysia, hanya satu varian ditawarkan iaitu Beetle 1.2 TSI yang menggunakan enjin petrol empat silinder bersesaran 1.2 liter, dibantu oleh sistem pengecas turbo dengan sistem suntikan terus. Kuasa yang dihasilkan sudah cukup memuaskan pada angka 105ps@5,000rpm dengan tork maksimum setinggi 175Nm@1550-4100rpm.
Enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro 5 itu digandingkan bersama kotak gear DSG (direct shift gearbox) 7-kelajuan. Volkswagen Beetle mempunyai reka bentuk coupe dua pintu, namun menawarkan tempat duduk selesa untuk empat orang, tipikal sebuah Beetle yang anda kenali dulu.
Tujuh pilihan warna ditawarkan seperti berikut – ‘Candy White’, ‘Tornado Red’, ‘Platinum Grey’, ‘Graciosa Brown’, ‘Reflex Silver’, ‘Deep Black’ dan ‘Saturn Yellow’. Harga yang ditawarkan untuk The Beetle di pasaran Malaysia ditetapkan sebanyak RM139,888.00 (Nett Selling Price), tidak termasuk kos pendaftaran dan perlindungan insuran.
Untuk ketenangan fikiran pemiliknya, kesemua model Volkswagen termasuk The Beetle dilindungi oleh jaminan selama tempoh lima tahun tanpa had perbatuan, juga servis program bantuan di jalanan ‘Roadside Assistance’ sepanjang tempoh yang sama.
Kelengkapan bahagian interior :
• 3-spoke leather multi-function steering wheel with control for DSG, MFD and radio
• Auto-dimming interior mirror
• Beetle glove box
• ‘Climatronic’ air conditioning system with 2-zone temperature control
• Cruise control
• Dash pad painted in body colour
• Front centre armrest
• Leather gearshift knob
• Mobile device interface MEDIA-IN with iPod/iPhone adapter cable
• Multi-function display ‘Plus’
• Park distance control PDC for front and rear
• ‘RCD 510’ touch-screen 6CD changer radio with CD/MP3/WMA replay function, 8 speakers
• Safety-optimised front headrests
• Seats in ‘Vienna’ leather upholstery
Ciri-ciri keselamatan :
• 3-point seat belts, front with seat belt tensioners
• Anti-lock braking system ABS with brake assist BA
• Combined side airbags and thorax airbags for front passengers
• Dual front airbags with front passenger airbag deactivation
• Electronic stabilisation program ESP
• Electronic vehicle immobilisation device
• Hill-hold control
• ISOFIX preparation for child seats
• Rain sensor
• Two 3-point seat belts, rear
volkswagen beetle yang sudah di modification <3 (lagi foto klik disini)
p/s : kalaulah aku ada kereta ni..''boleh bawa kau jalan - jalan rumah pun tiada ada pun bapak pnya'' haha :p
|
No comments:
Post a Comment