Tuesday, 18 September 2012

TUDIAAA!!!KATAK SEBERAT 3KG

TUUDIAAA!! KATAK SEBERAT 3KG

assalamualaikum & salam 1 Malaysia~

Katak bukan lagi asing bagi kita..apabila tiba waktu hujan ( asal ujan ja mesti ada katak kan..hmm).
Tapi kali aku nak cerita pasal katak yang besaq habaq hang..Katak ini dikenali sebagai Goliath Frog atau nama sainstifik Conraua Goliath (tiba-tiba ja tergeliat lidah ambo neh..hmm)..ok!.Habitat katak ini boleh ditemui di Sungai Benito,Cameroon,Afrika Barat(di tempat lain memang  tak dak noh).Berat katak ini juga boleh mencecah 3kg lebih kurang seekor kucing, dan panjangnya boleh mencapai 33cm.Jangka hayat katak ini boleh hidup selama 15 tahun. Santapan  makanan katak ini adalah seperti serangga ,kalajengking,katak kecil dan yang pelik boleh makan seekor tikus..(betui ka dak neh). Dikalangan penduduk berhampiran katak ini ditangkap untuk dibuat makanan (agak-agak rasa apa ek)…oleh itu habitat katak ini makin diancam kepupusan. Dan katak ini juga digemari kanak-kanak kerana ianya tidak berbahaya dan ia juga dijadikan haiwan peliharaan..(so..mainlah dengan suka riang..haha :D)..Di sini aku letak beberapa gambar katak ini yang aku agak geli skit..:P


ketika kanak-kanak pegang katak!!dasyat


tudia!!siap timbang kilo bagi..ada bran?..haha

percaya tak percaya katak makan tikus..adoii~

sempoilah mamat ni..like hew hew
ni dia... katak paling besar dalam dunia..first ranking..haha :p

teringat kembali kawan aku da ajak aku p tangkap katak pendapatan sehari bole dalam rm20..nasib baik la aku ni geli dengan katak..kalu tak dah lama aku sebat...haha :D

No comments: