Tuesday 25 September 2012

TIPS TAYAR MOTOR PANCIT



Pertanyaan yang diajukan

Guest: "Halu singgoh. Kawe nok balik kampung. nok tau pasal taya muto ado tip dok nak jln jauh ni abe taku pulok ?" 

Guest: nak tanya pasal tayar bocor mcm nak buat, ade tip cara atasi klu pancit tengah jalan? 

Jawapan Kami 

Thanks bertanya pada Guest (tak ade sebut nama).. Maaf agak lambat balas jawapan tersebut.. 
Apa pun saya cuba kongsikan seperti dibawah ini.. 

-----------------------------------------------------------------
Tip Tayar Motorsikal Pancit 
-----------------------------------------------------------------

 Kalau nak jalan jauh seperti nak pulang ke kampung .. Harap lah dapat bawa sekali peralatan seperti di bawah untuk persediaan kalau motorsikal pancit di tengah jalan 



A) Kalau Tayar Guna Tube Getah

Kalau nak balik kampung atau nak rider perjalanan jauh.. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan.Kalau korang pakai tayar bertiub ( bukan tayar tubeless) agak payah sikit kerjanya..First periksa tayar kalau ada paku cabut dulu paku tersebut. Pastu bukak tayar keluarkan tiub tersebut menggunakan tool pembukak tayar.. 


Keluarkan tiub lama .. Tengok apa masalah tiub tersebut.. 
Kat sini ada 2 pilihan 
-Kalau bocor kecil boleh tampal 
-Atau tukar tiub baru 

Tampal Bocor Kecil Pada Tayar Motorsikal 
kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut. Benda ni senang ajer tampal rubber patch dengan gam yang di sediakan kemudian urut-urut sikit kasi gam rata dah ok balik. 



Tukar Tiub Baru 
Motorsikal Periksa tempat bocor pada tiub.. kalau bocor teruk tukar tiub baru ajer lagi senang. cuma kena ada lah spare tiub motor... 


Tapi sebelum tu kena betulkan pelapik getah alas pada rim dulu, Pastu masukkan balik tiub tersebut kedalam tayar.. pastu pump angin tayar secukup rasa.. pasang balik tayar kat motorsikal.. 


Stringkan Lidi Rim 
Penggunaan Rim Lidi yang longgar menyebabkan lidi senang patah atau bengkok atau tiub tayar kerap bocor bergesel sikit-sikit lama-lama lidi rim boleh masuk dalam tiub dan menyebabkan angin bocor . Sebab itu lah sebelum masukkan tayar pada rim kena betulkan pelapik alas pada rim dulu. 



Kalau lidi yang bengkok teruk atau ada yang patah lebih baik ganti tukar lidi yang baru dan string semula. 


kalau ade yang longgar lidi rim tu baik lah pergi buat string lidi tu. kalau rim aloi sedikit gelong, kasi string lidi dan buat balancing cun..

B) Kalau Tayar Guna Tubeless 

(tayar tanpa tiub di dalamnya). Tayar ini lebih selamat dan tahan lasak berbanding tayar-tayar biasa. Struktur dalamannya lebih kuat serta teguh & tidak memberikan impak yang besar jika ia tiba-tiba pancit. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana ketika pancit. 

Korang juga boleh menampal sendiri kebocoran pada tayar jika berada dalam situasi kecemasan dengan cepat dan pantas, berbanding menukar tiub bagi tayar biasa. Jika bocor, harga bagi menampal tayar jenis ini lebih murah dari harga tiub motorsikal. Harga tayar tubeless agak mahal sedikit tetapi amat berbaloi demi keselamatan anda.


first periksa tayar kalau ada paku..tarik kuar dulu paku dari tempat yang bocor tu..tarik guna playar kalo susah guna tangan. 


Kena ada set tire repair kit termasuk cacing tubeless.. Letak gam dulu pada cacing tu. 
Masukkan cacing pada alat skru tu, pastu cucuk ke dalam tayar pada tempat yang ada lubang tadi..pastu tarik semula cacing tu sikit, bagi die terkeluar pada permukaan tayar.. 


Sesetengah kedai/kit tayar pancit ader sediakan sekali gas canister ni .. cucuk je kat tayar dan pam angin guna gas termampat dalam tong gas canister.. kalau tak ada gunakan pump angin.. sehinggalah agak agak keras 

Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan 

Balancing Sportrim 
Kalau ada rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit...Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork. 


Jangan guna tayar bengkak berkemungkinan Sportrim telah bengkok ,angin akan keluar dan tayar boleh pecah

C) Penggunaan Tire Guard Sealant 

Tire Guard sealant dimasukkan kedalam tube/tubeless melalui lubang angin. cairan Tire Guard sealant akan meliputi dalam tayar dan membentuk sebuah lapisan yang melindungi tayar dari dalam. 



Memang kalau guna Tire Guard sealant ni kita tak sedar pun tayar kiter bocor tercucuk paku ke, skrew ke duri ke, dawai kerr..bila bocor jer terus tampal automatik memang berkesan mencegah kebocoron tayar.. 


Putar rim tayar hingga posisi lubang angin berada dibawah dan buka nut penutup tayar. Buka tutup botol, pasang pipe tube pada botol yang disediakan. 


Cara betul : Putar rim tayar, hingga posisi sebelah sisi kemudian tekan cairan agar masuk kedalam tiub tayar. 
Cara Salah : Cairan sealent tidak boleh masuk jika posisi lubang angin berada dibawah. 
Kemudian pum angin tayar secukupnya, Putar tayar agar cairan sealent melapisi bahagian dalam tube tayar secara merata. 


Satu botol sealant untuk satu tayar jela..kalo 2 tayar 2 botol lah.  sealant ni untuk kemudahan di kala kita tak jangka..Cuma tayar berat la sikit sebab ade liquid sealant dalam tayar kan. 

Adengan tak mau di alami... 


Kadang kala nasib tak menyebelahi kita hari tu...alahai..cian nye dia… kena tolak motor. Nak mintak tolong orang tak ade sapa pun yang lalu.. jangan kata bengkel motor, Rumah orang pun tak ada kat area tu...nak call member line tipon pon tak aderr... Issshhh mintak jauhh lahh...

sumber

2 comments:

Anonymous said...

Bagus bagus..

Anonymous said...

bang, camne nak cabut tayar depan motosikal honda wave 100 first edition tu, ,, dah 2 bulan lebih tersaadar kat rumah ni, dalam blog abg ni tak de plak penerangan cara nak cabut tayar motosikal...