Monday, 24 September 2012

TIPS SERVIS MOTORSIKAL KAPCHAI & SKUTER


Pertanyaan Yang diajukan...

Guest : "Salam ramadan bro..""gua hanya pengguna kapcai .. nak servis tak dok kereta. hahaha"
Guest: " Asyik Story kereta aje.Motosikal punya tak ada ke nak juge tau mcm ? 3ma kacih"

Jawapan Kami..

Thanks bertanya pada Guest ( tak tau nama )... Insya Allah memang kebetulan nak buat entry pasal servis motorsikal ni... mudahan dapat manfaatnya yerr


-----------------------------------------------------------------
Tip Servis Motorsikal Kapcai & Scooter 
-----------------------------------------------------------------

Ni cara jaga Paling basic.. Jagalah minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, tayar dan sebagainya mahal murah ikut la. nak sedap beli yang elok memang mahal.sume moto kene jage dengan elok kalu nak pakai lame..bende asas tayar wajib di servis bile sampai waktunye. Kat bawah ni saya sertakan beberapa panduan..

1) Servis Minyak Hitam

Sebenarnya penjagaan Motorsikal Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan Scooter.. penyelenggaraannya mudah.. cuma tukar minyak hitamnya aje... Minyak pelincir bagi kebanyakan motorsikal pastikan ditukar puratanya setiap 5,000 - 6,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).

 a) Kalau Honda 135LC, 125z, RXZ, EX-5 dan Honda Wave tukar minyak pelincir kebanyakkan nya purata setiap 5,000 km hingga 6,000 km.

b)Kalau guna motor scooter penukaran minyak hitam mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km.


2) Penjagaan Minyak 4T

Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang mahupun scooter sekali pun...Penjagaan minyak 4T itu penting tetapi jenis-jenis minyak pelincir terpulang atas individu berdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL ..

Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang..

-Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40
-Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40..

Minyak hitam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey...


3) Servis Oil Filter

Bagi Motorsikal yang ada oil filter contohnya Yamaha 135 LC .. Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch) ... 


4) Penjagaan Minyak 2T

Bagi Motorsikal 2 lejang sahaja contohnya RXZ, 125z... Kalau boleh, guna 2T berkualiti tinggi biar senang bakar, dan throttle rasa ringan.kena jaga minyak 2t jangan sampai habis bagi memastikan ketahanan terhadap kepanasan enjin... perlu dipastikan bahawa saluran 2T tidak tersekat.. Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih dan cuba elakkan memasukkan minyak 2T dlm tangki petrol kerana ini akan menyebabkan lebihan 2T semasa pembakaran nanti.


5) Servis Spark Plug

Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan scooter.. pula perlu ditukar setiap 10,000 km atau kalau mula miss fire meletup-letop motorsikal tu hidup mati .. Periksa warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak..check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna..lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup....

Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug... Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye.. Spark plug selalu orang guna NGK"R"... kalau nak power irridium spark plug ..


6) Servis Carburator

Bagi penguna Motorsikal.. setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tue.. mane tau tersumbat ..


7) Servis Air Filter

Bagi Motorsikal jenis Scooter dan kebiasaannya Yamaha 135LC.. perkara penting adalah penjagaan air filter ( penapis Udara) Lakukan Servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara .. 

Air filter Standard punya klu kotor tembak dengan angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam jap air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sangat beli je baru ajerr senang....


8) Servis Fuel Filter

Pastu alang-alang Servis karburator tukar skali Fuel filter baru... fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar.. Tukar Fuel Filter setiap 10,000 km...


9) Servis Radiator Coolant

Bagi penguna Motorsikal yang ada radiator coolant contohnya Yamaha 135LC .. Cara penjagaan 'coolant' motor disyor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru . coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50. 

Pastikan juga sistem radiator tak tersumbat , tak ada kebocoran dan kipas  radiator harus pastikan berfungsi, untuk pastikan samada berfungsi atau tidak,hidupkan enjin 5minit,kemudian pulas sedikit throtle keadaan statik dalam suatu tempoh masa.kemudian leh dgr sendiri bunyi kipas tu dan haba pon terasa keluar ikut lubang cover set


10) Penjagaan Bateri Motorsikal

Bagi penguna Motorsikal.. Berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. perlu diingat air bateri selalunya cepat kering tanpa kita sedari.. 


11) Penggunaan CDi Racing

Bagi motorsikal yang ada pasang CDi...Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, Rextor atau sebagainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.

12) Penjagaan Sporket dan rantai

Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Sporket dan rantai.. Kalau ikutkan Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu ....

Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat...Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. 

Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan.. bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris..


13) Penjagaan Belting

Bagi penguna Motorsikal scooter tukar belting dalam lingkungan mencapai 1700km...lebih kurang dalam 2-3 bulan sekali .. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase. 

cuba check belting dengan melipat tali belting tengok kalau ada crack walaupun sikit, bagus tukar terus sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali 


14) Servis Minyak Gearbox

Bagi penguna Motorsikal scooter tukar 1st kalau boleh time 500km pertame sebab time ni la banyak geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tapi max 10000km. ni pendapat aku ye,


15) Penjagaan brake motorsikal

Bagi penguna Motorsikal.. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.

Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak.. periksa kandungan minyak brake..kalau kurang tambah kan ajerr... kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru ajerr... Kalau brake ade problem brake tak berapa mencengkam... caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali ..


16) Servis Clucth Plate dan Clucth Tangan

 a) Bagi penguna Motorsikal... kalau motor korang tak ade pickup minyak makan banyak kenalah pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus.. kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik..mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem... Gantilah Clucth plate..

b) Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Clutch Tangan..Periksa kabel Clutch, Kalau dah mula menunjukkan tanda haus, tukar kepada yang baru .Pastikan Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.


17) Tekanan Angin Tayar

Bagi penguna Motorsikal... Periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang.jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan  dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar.


18) Penggunaan Tayar

Bagi penguna Motorsikal...Gunakan saiz tayar yang sesuai untuk motosikal anda. Saiz tayar standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Kalau guna saiz tayar besar sedap layan corner.. Jangan guna tayar sotong... brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.. Kalau guna saiz tayar kecik kan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita..  

Periksa tayar motorsikal anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Tolong jangan gunakan tayar yang sudah haus , botak nampak benang dalam, bengkak atau benjol dan tayar yang retak dan terkopek .... Tak selamat digunakan boleh pecah tayar tu.. sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya.. Ini menyebabkan motorsikal mudah terbabas di selekoh yang licin..


19) Tayar tiub dan tubeless

Kalau nak balik kampung atau nak rider perjalanan jauh.. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan. kalau bocor teruk tukar tiub baru ajer lagi senang. cuma kena ada lah spare tiub motor... 

Tapi kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut..Senang sikit kalau tayar pancit. Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana.. just  pakai tayar tiubless agak senang sikit kerjanya..

Kalau tayar pancit tahap flat maximum, tapi boleh redah jugak bawak motor slow-slow ke kedai tayar berdekatan untuk tukar


20) Penggunaan Rim Lidi atau Sport rim

Kalau ikut Rim lidi atau sport rim biasa berukuran 17 inci ...pengubahsuaian saiz rim dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan.. Kalau ada rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit...

Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.

Kalau penggunaan Rim Lidi ni tiub tayar kerap bocor.. klu ade lidi yg longgar akan bergesel..sikit-sikit lama-lama bocor tiubnyer..
kalau ade yang longgar lidi rim tu baik lah pergi buat string lidi tu...


21) Penggunaan Ekzos

Kalau Motorsikal korang kurang power dan ada tanda-tanda ekzos tersumbat.. pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut.. Atau kalau korang jenis rajin boleh lerrr cuci ekzos tu... buang keladak yang menyumbat ekzos tu...


22) Penjagaan lampu, signal dan lampu brake

Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)


PESANAN KAMI...

Apa-apa pun servis dan tukarlah bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal. Kalau berat ajerr dan tak ade pick up ada masalah lah tu motorsikal korang yerrr....


sumber

33 comments:

E-rul said...

Assalamualaikum. mntk izin utk dicopy articel berkiatan tips penjagaan motorsikal ini

Anonymous said...

Ohh..jadi masalah pikap tu sebenarnya clutch plate dah haus lah?? Oh my goat!

Anonymous said...

clutch plate ni berapa harga kalau nak tukar? saya pakai yamaha ss110

Genta Master said...

thx 4 d info.. good to have bloger like dis one

D i n said...

perghhh hebat bro copy paste entry ni ye hahaha sebijik sebijik

Advie Motor said...

Salam Kenal
Please Visit My Site

Unikversiti said...

Assalaamu'alaikum w.b.t....

terima kasih banyak2, sangat membantu ....... jazaakallahu khair

Anonymous said...

Bagus i like

kakipromo said...

terbaik tips bro

Anonymous said...

thanks bro. bagus untuk orang baru naik motor.

sharudin said...

berdasarkan pengalaman motor, saya rasa info berkenaan minyak hitam tidak betul. 5000-6000km sesuai utk keretabagi penggunaan minyak semi synthetic. bagi penukaran minyak hitam motor 4 stroke disaran 1500-2000km, skuter 1000-1500km dan 2 stroke 3000-4000km. lebih daripada yang disarankan akan menybabkan minyak hitam kering dan enjin menjadi rosak. sekadar saranan untuk pembetulan.

Matt Poll said...

Assalamualaikum
bang klau sport rim bengkok.Apa kesan pd motor klau bawak jauh

Raja Meran said...

Assalamualaikum
bang air coolant tu kat mane....

win aisya said...

kenapa 125zr sy kuat bergetar dibahagian kaki bila sy bawak.. bila tarik klac.. kurang rasa getaran.

win aisya said...

kenapa 125zr sy kuat bergetar dibahagian kaki bila sy bawak.. bila tarik klac.. kurang rasa getaran.

Unknown said...

aq bru mau berjinak ngan motor kapcau ni, tu senang je klo bawa gear 1 kan.. tp aq mau jgk main gear 2,3,4.. cmne tu bro? leh tolong tak!? timing tu y aq taktau lah bro, aq perlu bantuan ni

Zen Emperor said...

ari tu, bnyk sgt y ketawakan aq la, bilang dorang, baek pakai schooter..

taufik said...

Pomen kedai motor syor tukar minyak hitam setiap 1500km.. Kalau 5000km tu rasanya kereta punya..

Anonymous said...

bro kalau ekzos keluarkan asap putih banyak masa start motor tu sebab minyak hitam kurang ye? tapi saya dah seminggu isi minyak hitam baru asap putih masih banyak jugak so macam mana tu?

CIKGU SHAHRIN said...

macama mana penjagaan fork dan minyak yang digunakan untuk servis fork

Cikbunga said...

Assalam, motor saya jenis scooter baru beli tapi bila jalan lama motor semput lepastu mati kadang tak leh start balik dan kadang exzos meletup . Kenapa ye ?

Cikbunga said...

Assalam, motor saya jenis scooter baru beli tapi bila jalan lama motor semput lepastu mati kadang tak leh start balik dan kadang exzos meletup . Kenapa ye ?

Anonymous said...

Apa beza minyak enjin dgn minyak hitam utk penjagaan moto scooter ye...

shahiiz mohd said...

Minyak 4T shell ultra or shell sx lg baik?

Dyana Anna said...

Sym scooter, apa kesan bila selalu sgt Tukar jenama minyak hitam??

Dyana Anna said...

adakah minyak hitam Honda sesuai utk skuter??

Mehmet Ii said...

Terima kasih bang!

Anonymous said...

Btul2

Anonymous said...

Plug tu..

Othman Zero said...

Nak tnya...hari tu accident..jatuh arah kanan...dh repair tukar bearing apa ke...mcm2 la...tayar pun..tapi bila bawa motor rasa mcm motor jadi licin...apa sbb ya..kadang2 susah nak imbangkan...kang apa2 jatuh lagi...apa yg x kena ya..motor lagenda 110z

mohd fauzi said...

Salam nak tanya bro,klau kita overhall scooter ego si kna bkak semua plug wayar2 dia,tqk kacau sistem feul enjction die ker?

mohd fauzi said...

Salam nak tanya bro,klau kita overhall scooter ego si kna bkak semua plug wayar2 dia,tqk kacau sistem feul enjction die ker?

Unknown said...

Bro.. kalu ego saya bunyi keras tu knape yer? Sebab ape ea?