Assalamualaikum & salam 1 Malaysia~
Kali ini, pihak Malaysian Riders akan membawakan pemerhatian atau perbandingan secara lebih spesifik buat jenterea Kawasaki Ninja 250R 2013. Jentera yang baru-baru ini menggegarkan arena permotoran antarabangsa dengan reka bentuk yang lebih agresif dan peningkatan dari segi “performance”. Apa yang menariknya adalah ia kini telah berada di dalam pasaran Indonesia dan telah ada yang memilikinya. Salah seorang dari pemilik bertuah dari Indonesia itu adalah seorang yang juga pemilik Ninja 250R model 2009. Jadi kami telah cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan kebenaran untuk menjadikan pandangan beliau sebagai asas cerita perbandingan kami.
Sila tonton video dibawah sebelum meneruskan pembacaan anda bersama Malaysian Riders.
Seterusnya, terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan kepada mekanisma jentera terbaru ini yang sememangnya lebih praktikal jika dibangdingkan dengan model yang terdahulu. “Safety Feature” yang terdapat pada model 2009 yang dipertunjukkan dalam video pula tidak lagi dikekalkan untuk model 2013 kali ini. Namun, pada kami ia bukanlah satu masalah yang besar dan sudah menjadi norma kepada pengguna motosikal di Malaysia untuk tidak memiliki sistem tersebut, terutama sekali kepada pengguna-pengguna yang tidak pernah memiliki jentera berkuasa sederhana dan keatas.
Dari segi rupa bentuk pula, memang ternyata reka bentuk yang diterapkan hasil gabungan dari ER6F 2012 atau Ninja 650R 2012 dan juga sedikit sentuhan dari reka bentuk Ninja ZX6R menghasilkan jentera yang lebih menarik berbanding jentera sebelumnya. Apa yang kami lihat adalah, cubaan Kawasaki untuk menarik minat pengguna dengan menyediakan jentera yang mempunyai rupa yang lebih rapat dengan jentera berkuasa tinggi dan ia juga tampak berhasil apabila lebih ramai yang jelas terpikat dengan reka bentuk terbaru ini. Namun, perlulah setiap pembeli ini memahami bahawa ia tetaplah sebuah jentera berkuasa sederhana dengan kapasiti 250cc.
Menurut pemilik dari Indonesia yang lebih awal telah mencuba jentera ini, tiada perbezaan ketara dari segi akselerasi jentera ini dengan yang sebelumnya. Dengan harga dari pasaran Indonesia iaitu RM16,337 untuk Ninja 250R 2013 dan RM18,629 untuk Ninja 250R-ABS 2013, ia ternyata satu jentera yang tidaklah terlalu mahal. Namun, harga tersebut bukanlah untuk pasaran di Malaysia kerana ia belum lagi dikenakan Tax dari Malaysia. Jadi apapun, teruskann bersama kami di Malaysian Riders untuk maklumat lanjut dari arena permotoran tempatan dan antarabangsa.
p/s : pastikan anda memilikinya!!!!sgt2 berbaloi :)
No comments:
Post a Comment