Sunday, 23 September 2012

IKLAN PERNERBANGAN M'SIA SEBELUM M.A.S

Iklan di bawah ini di scan dari akhbar The Straits Times yang diterbitkan menjelang kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957.

Di mana UPBB dapat akhbar yang sudah berusia lebih tua dari tarikh kemerdekaan?

Berapa ramai antara kita yang tahu bahawa sebelum wujudnya Malaysian Airline System (MAS), syarikat penerbangan itu dikenali sebagai Malaysia Singapore Airlines (MSA)?

Dan sebelum MSA…



Malayan Airways…mungkin kerana masa tu kapal terbang menggunakan kipas, maka syarikat penerbangan tak mengalami kerugian macam MAS.


Sebut tentang untung dan rugi, bagaimana agaknya status akaun Malayan Railway? Mungkin kerana zaman itu masih menggunakan arang batu, maka bottom line sentiasa hitam macam bahan bakarnya!

Sekarang dah guna minyak maka bottom line pun macam warna minyak.


Golden Arrow, Magic Arrow, North Star dan Southern Cross adalah nama-nama yang sinonim dengan Malayan Railway yang pada hari ini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu.

sumber

No comments: