Tuesday, 11 September 2012

IKLAN LAMA BEER DI MALAYSIA

Membelek akhbar The Straits Times terbitan bulan Ogos dan September 1957, iklan yang paling banyak disiarkan ialah tentang minuman ‘wajib’ orang Inggeris – air tapai.

Kalau diamati, tak satu pun iklan yang mengatakan “Drinking is bad for you”, malah rata-rata mengatakan sebaliknya.

Iklan ‘Tiger Beer’ umpamanya, “Intelligent Beer Drinker”. Atau dalam lain perkataan, mereka yang cerdik akan memilih ‘Tiger Beer’ dan bukan menjauhkan diri dari minum arak.
Tapi apa nak dihairankan, sampai hari ini pun tujuan iklan ialah untuk mempengaruhi minda manusia.
‘Jin’ bernama Gilbert mengiklankan “Dari Singapura ke San Francisco, dari London ke Melbourne, terbaik seantero dunia”.

‘Guiness Stout’…suatu masa dulu minuman ini diiklankan di TV tempatan dengan caption “Guiness Stout is good for you”. Iklan di bawah pula menunjukkan seorang lelaki berbadan sasa sedang menogok di hadapan wanita langsing dengan caption “For Strength”. Apa yang dimaksudkan dengan perkataan untuk kekuatan, entahlah. Mungkin ‘anu’ nya kot!

Menyebut Guiness Stout, teringat cerita seorang kawan. Hujung dekad 70an, dalam fridge di rumahnya sentiasa ada Guniess Stout. Suatu hari bapanya datang berkunjung dengan tujuan untuk bermalam untuk sehari dua. Setelah membuka peti sejuk dan terpandang minuman tersebut, dia terus kemaskan beg dan mengajak isterinya balik. Mulai hari itu, kawan ini berhenti mengambil minuman “For Strength”.

Dan…kalau diperhatikan, semua gambar iklan era itu dihasilkan dengan lukisan tangan. Hari ini gambar dimanipulasi dengan CGI (Computer-Generated Images) hinggakan imej rambut dalam iklan shampoo digambarkan lebih lembut dari sutera, dan helaian rambut dibuat begitu rupa persis deretan pokok getah di kebun ‘Ah Chong’.










credit to mohroslan@gmai.com

No comments: