Thursday 20 September 2012

CENDAWAN/KULAT VERSI LUARBIASA

Banyak cendawan/kulat yang terdapat di dalam dunia ini boleh dimakan, tetapi harus di ingat ada cendawan/kulat yang boleh mendatangkan maut. Ada pelbagai bentuk yang cantik dan yang indah....Cendawan/kulat adalah tumbuhan yang sangat unik yang pernah ada di muka bumi Allah ini.

Di bawah ini adalah cendawan-cendawan / kulat-kulat yang sangat unik dan sangat luar biasa dan jarang di jumpai di dalam alam semula jadi kita ini.

1. Trametes Multicolor

Cendawan/kulat ini merebak di seluruh dunia dan berkembang terutamanya pada pokok mati. cendawan/kulat ini boleh dimakan dan ia juga digunakan dalam perubatan Cina. Para saintis percaya bahawa bahan yang terkandung di dlam cendawan/kulat ini boleh meningkatkan imuniti.


2. Bleeding Tooth

Mudah didapati di tengah kawasan Europah di dalam hutan konifer. Cecair yang bewarna merah sangat menonjol dari liang cendawan/kulat tersebut. Cecair merah seperti darah atau jem roti (hahahhahaha). Cendawan/kulat ini tidak beracun tetapi dapat menggelikan orang ramai dan rasa cendawan/kulat ini teramat pahit.



3. Earth Star

Cendawan/kulat ini di panggil "triple zvezdovik" atau cendawan/kulat "puffball". Cendawan ini sangat menakjubkan kerana bentuknya seperti matahari yang keluar dari tanah.



4. The False Morel

Bentuk cendawan/kulat ini sangat serupa dengan otak, dan berwarna coklat gelap. Nama lain bagi cendawan/kulat ini ialah "cendawan/kulat stick". Cendawan ini sangat istimewa dan sedap jika anda tahu cara memasaknya. Sekiranya anda tidak tahu cara membuang racun nya dengan baik hampa semua tak yah cuba la...silap-silap boleh arwah ooo!!!



5. Ezhovik Comb 

Nama lain bagi cendawan/kulat ini adalah "monkey head", "lion's mane" atau "bearded tooth dan ia tidak kelihatan seperti cendawan/kulat. Cendawan/kulat ini juga boleh dimakan dan ia tumbuh di atas pokok (parasit).



6. Bioluminescent Fungus

Cendawan/kulat ini sangat menakjubkan kerana bercahaya di dalam gelap atau kata lain "glow in the dark". Sangat subur di Indonesia, Malaysia, Brazil dan Mexico. Bahan yang terkandung di dalam cendawan/kulat ini banyak menyamai serangga kelip-kelip.



7. Mitinus Dog

Nama bagi cendawan/kulat ini berasal dari Rom. Cendawan/kulat ini agak menghairankan kerana di hujung nya gelap dan ia dapat menarik serengga untuk datang dan ia juga mengeluarkan bau seperti najis kucing...yang ni aku xtau boleh makan ka x...kalau berani cuba lah...hahahahha



8. Coral Fungus

Cendawan/kulat ini kelihatan seperti terumbu karang dan para saintis telah menganggar bahawa terdapat 1,200 spesis cendawan/kulat jenis klavariya serta warna dari putih ke oren ungu. Cendawan/kulat ini tumbuh subur terutama di kawasan tropika dan ia tidak boleh dimakan walaupun ia nampak macam seperti boleh makan.



9. Reshetochnik Red

Cendawan/kulat ini kelihatan sangat pelik kerana meyerupai seperti makan ringan (keropok). Cendawan/kulat mempunyai bau yang kurang menyenangkan seperti bau najis dan daging busuk.



10. Sky Blue Mushroom

Cendawan/kulat ini hidup di hutan India dan New Zealand. Cendawan/kulat yang berwarna biru ini beracun dan tidak boleh dimakan. Cendawan/kulat ini memperolehi warna biru kerana mempunyai banyak pigmen azulina di mana pigmen ini terdapat banyak di bdan buah dan beberapa haiwan invertebrata laut.


p/s: pesanan aku...berjaga-jagalah apabila nak makan cendawan/kulat ini kerana ada tumbuhan kecil  ni mampu membunuh.


No comments: