Thursday 20 September 2012

BESI BURUK YANG ADA HARGA

BESI BURUK YANG ADA HARGA






Seorang pereka perabot dari Perancis, Charly Molinelli, telah menghasilkan satu
meja kopi yang menarik di mana beliau menggunakan besi skrap dari kereta Ferrari yang telah dihancurkan menjadi hiasan latar rekaan meja kopinya.


Molinelli menggunakan kereta Ferrari model 458 yang diambil dari sebuah tempat pelupusan kenderaan di Los Angeles , Amerika Syarikat dimana kereta itu terpaksa dilupuskan akibat terlibat di dalam kemalangan sehingga tidak dapat dibaikpulih lagi.



Beliau memperolehi idea tersebut dari seorang pelanggan yang mahukan sebuah set meja kopi yang benar-benar unik dan lain dari yang lain untuk ruang tamunya. Harga untuk sebuah set meja kopi yang memuatkan sebuah kereta Ferrari yang remuk ini dijual sekitar USD 10 ribu sehingga USD 15 ribu , berbanding harga asal untuk sebuah kereta Ferrari yang masih elok iaitu sekitar USD 220 ribu.



Pereka untuk syarikat pengeluar perabut Corsican itu berkata bahawa ia amat sukar untuk mencari sebuah kereta Ferrari yang dilupuskan kerana bukannya setiap hari kereta dari jenis yang sama terlibat di dalam kemalangan.





p/s : macam-macam dalam dunia ni boleh buat duit..janji akai kena jenuh..haha


sumber

No comments: